Suntikan Motivasi yg dipetik Dari blog
Irfan Khairi dan Blog Keusahawanan Internet... aku selalu
skodeng web blog
utk baca tips perniagaan dan motivasi.. free je.. hihihihii..
Kat sini syikin cilok sket ayat power yg memberi semangat dan motivasi
utk panduan diri sendiri
dan kengkawan..
TQ ye Irfan & owner BKI.... Semoga ilmu yg diturunkan dibalas dgn
kebaikan dan rezeki yg murah.. Amin..

=====================================
ARTIKEL: BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA
=====================================
Syikin,
Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:
MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan
TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!
Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Kenapa Pilih Yang Susah Jika Sudah Ada Yang Termudah?
Posted: 20 Sep 2008 08:41 AM CDT
Kadang-kadang,
kita terlalu teruja dengan perkara-perkara di luar bidang kita terutama
yang tidak mampu kita lakukan. Yang tidak tahu kita mahu ambil tahu dan
yang kita tahu, ia terbiar begitu sahaja tanpa mendatangkan apa-apa
keuntungan atau duit kepada kita.
Di dalam bidang perniagaan Internet, terlalu banyak model perniagaan dari produk fizikal, servis dan juga produk digital.
Bagi saya setakat ini, saya merasakan masih banyak ruang yang belum
terisi di dalam bidang produk digital. Apabila menyebut produk digital,
jangan hanya melihat hanya ebook semata-mata, tapi ia lebih daripada
itu.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, fokuslah pada kekuatan
dan keupayaan anda yang ada pada masa sekarang. Usahlah terlalu
mengejar-ngejar sesuatu yang belum anda tahu. Ini kerana ilmu baru
sudah semestinya memerlukan usaha dan masa untuk memahirkan diri dengan
perkara tersebut.
Walaupun katakan ada panduan untuk bidang yang anda baru ingin
lakukan itu, tidak semestinya anda akan terus berjaya. Tahu dan
bertindak adalah dua perkara yang berbeza. Untuk tahu, dua tiga jam pun
dah boleh belajar. Tapi untuk melakukan perkara baru tersebut, tidak
mungkin seminit dua, tapi mungkin berhari-hari atau berminggu-minggu
lamanya.
Lain jika menggunakan ilmu dan apa yang telah anda lama pelajari,
anda boleh hasilkan produk dengan mudah atau menjana pendapatan dengan skill
yang sedia ada tersebut. Malah dengan ilmu dan pengetahuan sedia ada,
anda boleh ‘leverage’kan ia untuk keuntungan jangka panjang.
Jika anda sudah ada asas dalam apa-apa model perniagaan Internet,
cuba lakukan satu projek yang mudah untuk dilakukan TETAPI memberikan
hasil yang lumayan. Memang agak sukar bunyinya (projek mudah tapi hasil
lumayan). Sebenarnya tidaklah begitu payah. Yang penting adalah
bagaimana kita ‘deliver’ sesuatu projek/produk itu kepada bakal pembeli.
Jika kita menyampaikannya dalam bentuk yang menarik minat orang,
maka projek yang mudah pun akan mendapat sambutan yang hangat. Contoh
termudah maksud ‘deliver’ adalah design atau ‘packaging’ produk. Anda
mungkin pernah membeli produk yang bagus bungkusannya tapi barang di
dalamnya bukanlah bagus sangat. Soalnya, kenapa anda beli? Ya, kerana
bungkusan produk itu amat cantik dan menarik.
Akhir kata daripada saya, “buat apa pilih cara yang lain kalau anda sudah ada sesuatu yang sudah boleh digunakan untuk buat duit?” Hanya keyakinan diri yang akan menentukan segala-galanya. Sekali lagi… Tahu dan melakukan adalah dua perkara yang berbeza.
Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Wassalam.
Cabaran Usahawan Internet Sepenuh Masa
Posted: 12 Aug 2008 06:30 PM CDT
Sebelum saya mula menjadikan keusahawanan Internet
sebagai kerjaya sepenuh masa, saya pernah bekerja selama setahun.
Walaupun kerja yang saya lakukan itu adalah berkaitan dengan bidang
yang saya pelajari di Universiti, namun saya mula berputus-asa dengan
kerja itu.
Saya bukanlah bosan sepenuhnya dengan kerja yang diamanahkan kepada
saya, malah saya seronok melakukannya dan orang lain pun merasakan
pentingnya kehadiran saya pada waktu tersebut.
Namun, akibat saya ‘disalahgunakan’ untuk kepentingan beberapa orang, lantas saya tekad berhenti kerja dan fokus kepada perniagaan Internet
tanpa menoleh ke belakang lagi. Malah saya rasakan, kelebihan diri saya
mempunyai potensi yang besar di dalam bidang keusahawanan dan sama
sekali tidak wajar saya menyeksa diri sendiri dengan bekerja makan gaji.
Dilema Usahawan Internet Sepenuh Masa
Kebiasaannya, keluarga sendirilah yang menjadi ‘musuh’ kepada
keinginan kita untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Tidak kisahlah usahawan internet
atau usahawan biasa. Bila kita kata mahu berniaga dan tidak mahu makan
gaji, mereka amat terkejut, marah dan paling teruk mengatakan kita
‘gila’.
Dalam soal ini, saya tidak mahu mengatakan mereka salah, cuma mereka
tidak memahaminya sahaja. Saya yakin, kalau mereka tahu besarnya
manfaat berniaga, sudah pasti mereka amat mahu kita lakukan bisnes.
Sebaliknya, inilah realiti hidup, manusia amat takut dengan dunia yang
mencabar (zon tidak selesa), lagi-lagi bidang yang mereka tak tahu
menahu.
Andaikata keluarga anda menentang, pertama sekali, cuba usahakan
mendapat restu daripada ibu bapa (terutama ibu). Restu mereka amat
penting dalam segenap usaha kita. Kedua, cuba luangkan sedikit masa
untuk menerangkan kepada mereka mengenai perniagaan yang anda lakukan, lagi-lagi perniagaan Internet yang masih baru di minda orang Malaysia.
Persoalan di sini, bagaimana jika tidak mendapat restu ibu bapa?
Jika menurut saranan Dr. Rusly dari bukunya “Aku Tak Nak Miskin”,
beliau menyarankan kita berhijrah ke satu tempat yang jauh daripada
keluarga dan pihak yang menentang. Kemudian, berusahalah sampai berjaya.
Jika mengikut Dr. Rusly, anda boleh cari kerja dahulu di tempat baru
dan bagitahu keluarga anda mendapat kerja di sana. Tapi dalam masa yang
sama, anda lakukan perniagaan dan berhenti kerja bila tiba masanya. Saya juga yakin, jika niat hijrah kita baik dan ikhlas, Allah pasti akan bantu kita.
Manusia secara psikologinya hanya mempersoalkan usaha kita pada
peringkat awal sahaja. Tapi apabila kita sudah berjaya, bergaya, mewah,
berharta, semuanya senyap membisu. Malah yang tak mengaku saudara
sebelum ini pun akan mengaku saudara. Usahalah sampai berjaya untuk
membuktikan bahawa kerjaya usahawan juga mempunyai kedudukan yang sama
hebat dengan kerjaya lain.
Jalan berhijrah tadi adalah jalan tekad dan pasrah. Niatkan dalam
hati, jika anda tidak berniaga, sampai bila hidup anda akan berubah,
dan sampai bila keluarga anda tidak senang-senang? Semoga dengan niat
ini, Allah sediakan jalan yang luas dan senang dilalui.
Niat Sebagai Jihad
Sebagai seorang muslim, adalah satu kebaikan jika menjadikan apa sahaja yang diusahakan (termasuk perniagaan)
sebagai satu bentuk jihad. Jihad ini tidak semestinya di medan perang,
tetapi apa sahaja jalan yang dilakukan dan ia boleh memberikan kebaikan
kepada keluarga, Agama, bangsa dan umat Islam, maka ia termasuk salah
satu jihad.
Jadi, jika niat anda murni, tulus, ikhlas dan baik, maka teruskan sahaja perjuangan anda di dalam bidang perniagaan
ini secara sepenuh masa. Pastikan juga anda berdoa tanpa rasa putus-asa
agar keluarga anda akan menyokong usaha anda juga kelak.
Mengapa sepenuh masa dan mengapa tidak secara part time? Pertama, artikel saya ini adalah khas untuk mereka yang melakukan perniagaan Internet
secara sepenuh masa dan sedang mengalami dilema yang dibincangkan.
Kedua, melakukan secara sepenuh masa adalah lebih bebas daripada
gangguan pihak lain. Ketiga, anda mempunyai banyak masa untuk
diluangkan kepada perniagaan.
Jangan Sesekali Berundur
Bagi saya, tidak guna kita bertapak melangkah ke belakang semula
jika kita sudah berpijak di atas jalan perjuangan ini (berniaga sepenuh
masa). Maksud saya, mengalah dengan kehendak ahli keluarga atau
individu terdekat agar kita mencari kerja (makan gaji).
Saya pernah kecewa dan tertekan akibat tekanan yang mereka berikan
kepada saya, malah saya hampir berputus-asa dan mahu kembali mencari
kerja. Tiada sesiapa di sisi saya melainkan rakan-rakan usahawan. Tapi
saya berfikir sejenak, apabila saya sudah menjadi seorang ‘perwira’ dan
pejuang, adakah wajar saya kembali menjadi seorang penakut? Tidak mungkin sama sekali. Para pejuang tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja.
Dan adakah adil dan bijaksana jika saya meletak
diri saya di tempat yang tidak sesuai dengan kebolehan saya? Jika saya
bekerja makan gaji dan mengabaikan bisnes, maka saya akan rasa bersalah
sebab kelebihan yang Allah kurniakan kepada saya untuk berniaga tidak
digunakan untuk kebaikan Agama, umat Islam, bangsa dan negara. Bagi
saya, ia satu amanah yang perlu saya laksanakan, sebaliknya bukan
bersenang-senang dengan makan gaji.
Biar saya panaskan lagi semangat anda yang mempunyai potensi yang
besar untuk berniaga. Adalah satu perkara yang amat memalukan jika anda
yang mempunyai bakat berniaga tetapi masih ke sana ke sini
meminta-minta kerja. Pendatang lain yang ke Malaysia boleh kaya raya,
tapi kita berbeza, masih meminta-minta bantuan orang lain. Mudah
ceritanya, “hidup mengemis di tanahair sendiri”.
Saya panaskan lagi diri anda. Jika orang lain beria-ia mahu berhenti kerja dan fokus sepenuh masa kepada perniagaan Internet
secara sepenuh masa, sebaliknya anda terbalik, mahu mencari kerja pula.
Anda sendiri faham dan tahu, apabila bekerja dengan orang lain, masa
akan terhad, tidak bebas dan komitmen/beban anda semakin bertambah.
Pendek kata, kita mahu menjadikan hidup ini semakin mudah, bukan
semakin menyusahkan.
Manusia Tak Akan Habis Kehendaknya
Bagi anda yang kalah dengan tekanan pihak yang mahu anda bekerja
makan gaji, maka ketahuilah, selepas anda bekerja makan gaji, anda
tetap ‘dikawal’ oleh mereka. Manusia, bicaranya tak akan habis sampai
kiamat.
Jika hari ini mereka mahu kita makan gaji dan kita penuhi kehendak
mereka, maka kemudian mereka minta kita lakukan perkara lain pula.
Selepas melakukan perkara lain itu, maka datang lagi kehendak mereka
yang lain.
Jadi, usah kalah dengan kehendak mereka sebab bicara dan kehendak
mereka tak akan habis sampai bila-bila. Hidup jangan dikawal oleh
manusia secara ‘kuku besi’, tapi biarlah berpada-pada.
Walaupun saya menyarankan anda yang sedang berniaga sepenuh masa
agar terus dengan usaha tersebut, tidak bermaksud melakukannya begitu
sahaja. Kenalah ada perancangan, matlamat, produk/servis yang
menguntungkan dan ada perancangan kewangan dan kehidupan.
Selain itu, pembinaan diri juga jangan diabaikan seperti menjadi
seorang yang bermotivasi, bertenaga, sihat, penampilan diri yang baik,
komunikasi yang cemerlang, berakhlak mulia dan sebagainya. Jika semua
perkara ini lengkap atau cukup, saya yakin, orang yang menentang kita
akan menyokong kita, malah mereka pun mahu turut serta.
Pendek katanya, ubah diri anda! Manakan tidak orang
menentang anda, sebab asyik berada di depan komputer sampai lupa makan,
tak jaga kesihatan (asyik sakit-sakit), tidur tak terurus, tak
bersosial, diri tak terurus dan sebagainya. Maka jangan salahkan mereka
jika diri anda tidak berjaya meyakinkan mereka.
Walaupun kerjaya anda adalah usahawan internet
, tidak bermakna pakaian tidak perlu kemas, diri kusut masai, tak perlu
terlalu profesional dan tak perlu pandai bercakap sangat. Jika ini
kepercayaan anda, maka wajarlah orang tidak yakin dan percaya dengan
usaha anda. Jadilah usahawan yang bertenaga, ceria dan boleh meyakinkan
orang lain.
Akhir kata, semoga maju jaya kepada semua usahawan internet sepenuh masa. Jangan sesekali berundur ke belakang. Teruskanlah menapak ke hadapan, kerana
mungkin dengan hanya beberapa langkah sahaja lagi, semua tentangan akan
terus lenyap dari pandangan dan kejayaan akan dicapai. Sebaliknya mungkin dengan hanya berundur selangkah sahaja, anda menjemput 1001 kesusahan. Fikir-fikirkan.
Zon Selesa: Keluar, Tapi Masuk Semula?
Posted: 22 Jun 2008 12:23 PM CDT
Ada
orang kata, “keluarlah dari zon selesa”. Maksudnya, buat sesuatu yang
kurang selesa atau yang kita rasakan ia sesuatu yang sukar. Atau dalam
maksud yang lain, buat perkara yang ramai orang takut nak buat.
Ya, saya amat setuju. Rata-rata anda yang membaca blog ini pun adalah usahawan sepenuh masa. Melakukan perniagaan secara sepenuh masa adalah satu perkara yang amat luar biasa sekali.
Apa yang saya ingin perkatakan pada hari ini ialah, sikap mudah selesa para usahawan. Mereka telah keluar dari zon selesa, tapi mereka ‘masuk semula’ ke dalam zon itu.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Banyak sebab boleh terjadi…
Antaranya, seorang usahawan internet
telah mengeluarkan satu produk dan sambutannya amat menggalakkan.
Daripada satu produk itu pun dia berjaya mendapat pendapatan yang
amat-amat lebih daripada cukup makan.
Lantas, dia amat berpuas-hati. Duit yang diperolehi digunakan secara
rambang tanpa kawalan. Ya lah, dia amat selesa sekali dengan pencapaian
dan pendapatannya itu.
Itu adalah salah satu contoh keluar dari zon selesa, tapi masuk semula..
Contoh lain pula ialah katakan seorang ni dia sudah tekad mahu
melakukan bisnes. Tapi belum sampai pun di pertengahan jalan, dia sudah
berputus-asa dan kembali berkira-kira mahu bekerja makan gaji.
Akhirnya, dia kembali semula ke zon selesa. Dia takut dan tidak
yakin untuk melalui zon yang amat luar biasa itu. Dia tak mahu melalui
liku-liku kegagalan.
Para usahawan semua,
Janganlah cepat rasa selesa. Kerana itu adalah sikap yang tidak
sesuai untuk anda. Sebaliknya, usahawan perlukan usaha yang berterusan.
Sikap cepat berpuas-hati adalah musuh utama anda yang boleh membawa
kepada kegagalan. Malah sikap sebeginilah yang menjadi penyebab besar
anda berlengah-lengah dalam tindakan dan usaha.
Jangan mudah rasa selesa kerana esok belum tentu keselesaan itu masih ada di sisi anda. Jadi, awas!
Wassalam.

Bagaimana?
Posted: 24 Jun 2008 04:26 PM CDT
Soalan “bagaimana untuk memulakan perniagaan internet”
adalah soalan yang akan berterusan dipersoalkan. Malah saya juga selalu
mendapat soalan sebegini. Ini membuktikan bahawa setiap masa mesti ada
sahaja mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet.
Perkara ini pernah saya tulis beberapa kali di blog ini, tapi saya suka untuk mengulanginya lagi.
Persoalan bagaimana itu tidaklah salah, tapi yang salahnya ialah cara ia ditanya. Kebanyakan yang mahu memulakan perniagaan internet akan bertanya sesiapa sahaja dan apabila tidak mendapat jawapan, akhirnya mereka kecewa.
Kekecewaan ini bukan sahaja untuk persoalan bagaimana tersebut,
malah untuk soalan-soalan lain pun. Lantas, mereka mulalah mengatakan
orang lain kedekut ilmu, tak mahu bantu bangsa sendiri dan sebagainya.
Padahal, mereka yang silap. Soalan itu sudah betul, tapi cara mereka
bertanya itu yang salah. Maksud saya ialah, kebarangkalian soalan
mereka akan dijawab adalah 1% sahaja melalui saluran pertanyaan yang
kurang berkesan itu. Kalau dijawab pun, belum tentu mereka faham dengan
jawapan yang diberikan.
Bagaimana cara bertanya yang betul?
Tidak lain dan tidak bukan ialah menggunakan saluran dan cara yang
tepat. Dalam dunia sekarang, amat sukar untuk kita pelajari sesuatu
secara percuma. Kalau ada pun, biasanya tidak lengkap dan tergantung.
Umpama anda sakit, maka adakah anda akan dapat konsultasi percuma
daripada doktor (terutama swasta)? Sudah semestinya tidak. Hatta tok
bomoh pun kenakan caj, inikan pula para profesional seperti doktor.
Begitu juga dengan perniagaan internet. Jika anda betul-betul mahu belajar dan serius, maka bayarlah mereka yang berkaitan dan belajar dengan mereka sampai pandai.
Antara caranya ialah beli ebook atau buku mereka, sertai seminar,
kelas dan juga bengkel. Inilah cara yang betul. Inilah yang kita lalui
sejak tadika, sekolah dan IPT, iaitu belajar.
“Hmm, nak belajar tu mesti kena keluar duit…”
Ini satu lagi mentaliti kebanyakan orang. Mereka nak RM100,000
katakan, tapi nak keluarkan RM10 pun berfikir sejuta kali. Dalam
bisnes, sudah pasti perlukan modal. Salah satu modalnya ialah modal
untuk belajar.
Nak buat bisnes, bukan main hentam sahaja. Kena tahu beberapa aspek penting agar perniagaan yang dibina itu tidaklah tamat di tengah jalan. Jadi ilmu perniagaan amatlah penting. Untuk memiliki ilmu, sudah semestinya kena belajar.
“Tapi saya takder duit”
Mudah sahaja. Kalau tak ada, usahalah cari. Nak mulakan perniagaan internet ni, tak perlu tunggu ada beribu-ribu ringgit. Paling sikit pun RM100 dah cukup (bagi sesetengah model Ebiz).
Saya teringat seorang anak muda ni 2 tahun lepas. Dia hanya ada duit
cukup-cukup sahaja di akaun banknya. Tapi atas dasar untuk belajar
ebiz, dia gunakan juga duit tersebut untuk sertai satu workshop ebiz.
Kini, hasil pengorbanan itu, beliau sudah semakin berjaya sekarang.
Bagaimana jika dia berdolak-dalik sampai sekarang? Sudah semestinya dia
tak akan mencapai tahap yang memuaskan yang dia capai sekarang.
“Mereka Tak Bantu Aku!”
Adalah satu perkara yang amat memelikkan dan melucukan jika kita
marah-marah dan kecewa jika tiada orang yang membantu kita. Sikap ini
salah satu sebabnya ialah wujudnya mindset percuma tadilah. Semuanya
mahu disuap-suap dan penuh dengan sikap bergantung harap.
Bahkan di dalam Al-Qur’an pun telah mengingatkan bahawa kita tak
akan berubah ke arah kejayaan jika kita sendiri yang tidak berusaha ke
arah itu.
Apabila kita suka menyalahkan orang (dalam bab tak membantu ini),
biasanya kita semakin buta terhadap kekurangan diri kita. Sebaliknya,
orang semakin nampak begitu rendahnya emosi dan tahap pemikiran kita.
Akibatnya, orang bertambah bencikan kita.
“Bagaimana nak usaha kalau saya tak tahu??”
Sebab itulah di dalam Al-Qur’an pun juga berpesan, kalau tak tahu,
tanyalah mereka yang berilmu. Pergi jumpa mereka dan belajar dengan
mereka.
Kembalikan semula semangat orang dulu-dulu yang berjalan beribu-ribu
batu untuk dapatkan secebis ilmu. Tapi kita sekarang ni tak perlu jalan
kaki dah, sebab kita sekarang zaman IT dan serba maju. Internet ada, telefon ada. Lebuhraya pun ada. Termasuk tol.
Kesimpulannya, semuanya perlu bermula dari diri sendiri dahulu. Ada
keinginan, ada daya usaha, tidak bergantung harap, mesti berdikari dan
sebagainya. Kemudian barulah orang lain dapat membantu dengan mudah.
Bertuahnya Anda…
Sebenarnya anda yang baru nak mula ebiz ni amat bertuah. Sekarang ni
macam-macam sumber rujukan ada. Blog, buku, ebook, personal training,
seminar, bengkel… Fuuh, banyak betul. Masa saya nak start dulu,
punyalah susah.
Jadi, manfaatkan baik-baik kemudahan yang ada sekarang. Semuanya bergantung kepada anda mahu atau tidak. Itu sahaja.
Kesimpulan
Anda boleh buat salah satu perkara berikut, tapi kalau semua lagi bagus:
1. Beli buku atau ebook berkaitan perniagaan internet
2. Sertai seminar, kelas atau bengkel perniagaan internet
3. 1-to-1 personal training (amat digalakkan)
Tip saya, dalami dulu asas ebiz. Apa itu ebiz dan bagaimana konsep
asasnya. Kemudian fahami model-model ebiz yang ada. Kemudian pilih satu
yang sesuai dengan diri dan masa anda. Selepas itu, carilah buku atau
ebook khas yang berkaitan dengan model tersebut.
Kemudian sertai seminar atau jumpa seseorang yang boleh bimbing anda melakukan model perniagaan internet tersebut.
Dah ada ilmu dan dah faham, apa lagi, buat dan fokuslah sampai berjaya.
Ingat, jangan lompat-lompat bidang / model ebiz jika belum berjaya sepenuhnya.
Oh ya, sebelum terlupa, jauhi mereka yang menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat. Mereka adalah penipu besar!
Wassalam.
========================
5 Kunci Usahawan Berjaya
========================
MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL
Syikin, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.
Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!
Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:
- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?
Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.
BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN
Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.
Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.
Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.
MEMASAR DAN MENJUAL!
Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.
Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:
- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda
Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.
Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.
Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan
sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!
Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,
saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang
melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:
1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.
2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.
FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN
Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!
Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.
Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!
TIDAK PUTUS ASA MENCUBA
Syikin, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!
Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?
Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.
Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.
-Irfan Khairi

Rahsia Usahawan Berjaya..
Kebanyakan usahawan akan berasa tercabar, bahkan paling teruk mereka
akan rasa putus asa apabila mereka mempunyai persaingan. Jika mereka
menjual produk A, dalam masa yang sama ada juga usahawan-usahawan lain
yang turut sama mengeluarkan produk yang lebih kurang sama.
Tetapi bagi seorang usahawan yang berfikiran jauh dan jelas matlamat
‘perjuangan’ hidupnya, mereka sama sekali tidak gentar dengan
persaingan yang wujud. Bahkan mereka sama sekali tidak ambil kisah
sangat dengan pesaing-pesaing mereka terutama pesaing yang berniat
buruk dan jahat.
Bagi usahawan yang bijak pandai ini, prinsip mereka teramat mudah.
Formula keusahawanan mereka semudah tambah tolak sahaja, tidak perlukan
formula yang rumit-rumit. Bagi mereka, rezeki untung rugi adalah
ketentuan ALLAH, bukan pesaing yang menentukan jatuh bangun mereka.
Inilah kekuatan yang asasi: TAUHID.
Yang penting, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh, menghargai kelebihan diri sendiri dan tidak terlalu membandingkan kekurangan diri dengan kehebatan orang lain. “Aku adalah aku. Hidup aku adalah perjuanganku”.
Jadi, untuk apa mereka perlu menyusahkan diri sendiri semata-mata mahu
lebih hebat daripada orang lain? Kerana bagi mereka, musuh yang paling
dan sentiasa dekat adalah DIRI SENDIRI.
Mereka si usahawan yang bijak ini hanya mengutamakan perusahaan dan
perniagaan mereka sahaja, di samping bekerjasama dengan
usahawan-usahawan ikhlas yang lain terutama yang sama jalan dan
matlamat.
Itu adalah prinsip dalaman. Anda sebagai usahawan perlu mempunyai
prinsip yang kuat di dalam diri agar tidak goyah dengan segala cabaran
yang datang. Dalam kes ini sebagai contoh, cabaran daripada pesaing
dalam bidang yang sama. Biarkan pesaing anda itu melakukan kerja dan
usahanya kerana mereka juga usahawan yang perlu mencari makan (rezeki).
Kemudian, fahami bahawa setiap orang sudah ditentukan untung dan
ruginya oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan kefahaman ini, diri anda
tidak akan gundah gulana atau tamak di dalam mengejar nama, harta dan
populariti. Yang lebih penting adalah darjat di sisi Ilahi. Itu lebih
bernilai untuk dunia dan akhirat sekaligus. Harta, kekayaan dan apa
semua itu akan datang dengan sendirinya apabila anda berusaha dengan
betul dan bersungguh-sungguh.
Kesimpulan
Jadi wahai usahawan yang sejati, usahlah dikau dirundung kesedihan
kerana wujudnya persaingan yang sengit di dalam bidang perniagaanmu.
Yakinlah dengan janji Ilahi di mana usahawan yang jujur dan beriman
akan pasti berjaya di dunia dan akhirat.
Apakah lagi “senjata” yang paling kuat kalau bukan keimanan dan kepercayaan kepadaNya? Hanya itu sahaja kekuatan yang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Tiada yang sebanding atau yang lebih hebat.
Wassalam.
Tue 26 Sep 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan
Dunia perniagaan bermacam-macam ragamnya.
Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?
Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct,
ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya
tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin
meningkatkan perniagaan mereka.
Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan
perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya
akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh
kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.
Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.
Pengguna kini adalah bijak & sophisticated. Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.
Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?

Thu 28 Sep 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan
Sekiranya ianya terjadi kepada anda,
jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali.
Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.
Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan
tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar
untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.
Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri
mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa
menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan
pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana
tiada siapa yang akan menang.
Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda
sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda
tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda
sendiri.
Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds,
adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia
akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas
balik dan memburukkan gerai burger tersebut?
Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!

Fri 9 Jun 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan
Ada yang takut memulakan perniagaan kerana takut persaingan. Takut competitors la cakap orang putih… tidak kira perniagaan internet ataupun bukan internet.
Anda perlu tahu bahawa, dalam apa jua perniagaan yang anda ingin
ceburi, sekiranya tiada pesaing… tidak lama kemudian, akan pasti ada
pesaing juga. Sekiranya perniagaan anda maju, maka, sudah pasti ada
yang akan memasuki pasaran anda. Sekiranya tiada pesaing, perniagaan anda juga tidak akan maju!
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya takut pesaing? Jangan risau kerana….
#1: Pasaran untuk apa jua perniagaan adalah besar sekiranya anda betul-betul meneliti pasaran anda. There’s plenty for everybody! Bukan bermaksud bila ada pesaing, perniagaan anda akan menurun. Ia mungkin bermaksud, bila ada pesaing, industri anda akan menjadi semakin maju dan competetive. Ini akan membesarkan lagi pasaran untuk semua peniaga.
#2: Fikir realistik. Tidak kira apa pun anda lakukan, anda tidak akan dapat 100% dari semua pasaran menjadi pelanggan anda. Sudah pasti ada yang tidak akan membeli dari anda dan inginkan alternatif lain. Coca-Cola
walaupun gergasi air berkabonat, tetapi mereka hanya berjaya mencapai
48% pasarannya. 52% pengguna memilih jenama-jenama air berkabonat yang
lain (Pepsi, 7-up, F&N, Root Beer dll.)
Sedangkan jenama utama di dunia hanya berjaya mencapai 48% pasaran mereka, apatah lagi perniagaan-perniagaan kecil?

Mon 14 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[18] Comments
Bila orang kata TAK BOLEH, anda katakan BOLEH!
Teringat saya 3 tahun lepas ketika buku saya baru keluar di pasaran,
dan orang ramai belum lagi mengenali saya, saya memasang cita-cita
untuk sering keluar TV/Radio/majalah dan menjalankan seminar serata
Malaysia.
Bila saya beritahu orang, ini jawapannya:
- Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif
- Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio (ini orang media yang kata!)
-
Dan seribu satu lagi “Tak boleh”. Sekiranya saya makan hati dengan
semua “tak boleh” yang dilemparkan, sudah pasti, tidak lah saya berada
di mana saya kini.
Dalam psikologi manusia, ia adalah lebih mudah melihat yang negatif (TAK BOLEH) terlebih dahulu daripada positif (BOLEH). Oleh itu, sekiranya anda tunjukkan idea anda kepada orang lain, ianya amat mudah mendapat jawapan “Tak boleh” berbanding dengan “BOLEH!”
Tanggungjawab anda adalah, tak kira apa orang kata, anda tetap perlu fikirkan “BOLEH!”.

Apakah 5 kekuatan anda?
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi
Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.
Jawapan saya adalah:
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan
matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut.
Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu
akan menjadi sebagai “gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari
saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak
buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi,
kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam
pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan
pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran.
Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran
dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita
cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…
Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.
Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita?
Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.

Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi
Sekiranya anda mempunyai kepakaran dan
kemahiran, tetapi anda tidak mempunyai kemahuan dan disiplin untuk
mengasahkan kepakaran tersebut dan memasarkannya, kepakaran dan kemahiran tersebut tidak akan dapat membantu kekayaan anda.
Sering saya beri contoh di Workshop Jutawan Interenet
bahawa, saya ni bukannya hebat sangat dalam merekacipta (designing).
Lagi ramai muda-mudi di Malaysia yang lagi hebat dari saya dalam bidang
designing.
Tetapi, saya mempunyai ilmu dalam memasarkan rekacipta saya.
Lihat sahaja penyanyi seperti Mawi. Adakah tiada penyayi lain yang
lagi baik daripadanya? Sudah tentu ada, tetapi, pihak ASTRO
mempunyai pengetahuan strategi dalam memasarkan Mawi.
Bagaimana pula dengan pelakon terkenal Rosyam Nor. Adakah pelakon
lain lebih hebat dari Rosyam? Mungkin, ada… tetapi hanya duduk di rumah
dan tidak memasarkan kemahiran lakonannya.
Mempunyai kepakaran dan kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu tahu cara untuk memasarkan kepakaran & kemahiran anda. Dalami ilmu pemasaran supaya kepakaran dan kemahiran anda dapat memberi pulangan tertinggi kepada diri anda.
Satu cara dalam mempelajari kaedah memasarkan kemahiran dan kepakaran anda adalah dengan banyak
membaca buku biografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang masing-masing
untuk mempelajari bagaimana mereka memasarkan kepakaran & kemahiran
mereka!

Sat 27 May 2006
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi
Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui
untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda
perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat
bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan
itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling
penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda. Semua orang yang berjaya adalah orang yang berilmu dalam bidang mereka tersendiri

Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[18] Comments
Kita masyarakat Malaysia agak sensitif
apabila dikritik. Bila dikritik sahaja, sering kita hendak melenting
dan membalas balik. Kalau tidak pun, apabila dikritik, semangat dan
motivasi diri hilang! Maksud saya adalah kritikan berunsur negatif…
Sememangnya semua yang ingin kejayaan dan mengejar kejayaan tidak akan lari daripada dikritik- SEMUANYA! Termasuk diri saya sendiri
Namun, apabila dikritik negatif, jauhkan dari melenting, membalas
atau menjatuhkan motivasi dan semangat anda. Apa yang sering saya
lakukan dan apa yang anda patut lakukan adalah…
Tanya, siapa yang mengkritik? Apakah niat mereka? Apakah permata yang dapat dicungkil?
- Adakah yang mengritik berpengalaman?
Contoh, sekiranya keluarga anda mengkritik anda memulakan perniagaan
(sering kali saya dengar masalah ini), tanya pada diri sendiri.
Adakah keluarga anda berpengalaman untuk mengkritik dalam bidang
ini? Adakah mereka menjalankan perniagaan yang berjaya? Sering kali
keluarga yang mengkritik sekiranya anda ingin memulakan perniagaan
adalah mereka tidak pernah memulakan perniagaan.
Oleh itu, kritikan mereka tidak harus menjatuhkan semangat anda.
Dalam erti kata lain, mereka tidak berpengalaman memberi kritikan dalam
bidang ini.
Mungkin juga kritikan mereka adalah akibat pengalaman daripada gagal
dalam perniagaan sebelum ini. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan
kritikan tersebut.
- Apakah niat kritikan tersebut
Sekiranya
anda sedang sibuk mengejar kejayaan, dan seseorang (yang anda tidak
kenali) menghantar email mengkritik anda (ini pun masalah saya sering
dengar), tanya pada diri sendiri adakah mereka berpengalaman dan
berkelulusan memberi kritikan dan apakah niat mereka?
Selalunya, yang menghantar email, anda tidak akan mengetahui
qualification mereka, oleh itu, di situ sahaja anda boleh ambil
keputusan untuk mengabaikan kritikan tersebut.
Sekiranya kritikan adalah melulu dan negatif, mungkin niat mereka
hendak menjatuhkan semangat anda supaya anda berhenti daripada
berusaha- sering terjadi apabila sesetengah pihak iri hati dengan
kejayaan anda. Jadi, usah di layan.
- Cari permata di dalam kritikan
Dalam
apa sahaja kritikan, terdapat permata yang boleh memotivasikan anda.
Sekiranya kritikan adalah seperti contoh (1) di atas, maka, gunakan
kritikan tersebut untuk anda pelajari lebih mendalam tentang perniagaan
supaya anda dapat menjadi hebat dalam perniagaan dan buktikan pada
keluarga bahawa memulakan perniagaan adalah pilihan anda yang tepat!
Sekiranya seperti contoh (2) di atas, gunakannya sebagai satu
pembakar semangat anda atau “survival instict” di mana ia akan
memotivasikan anda lebih banyak lagi. Ingat, sekiranya anda di kritik,
menunjukkan anda sedang keluar dari kepompong kesederhanaan!
Kita tidak boleh mengawal kritikan orang lain terhadap kita. Tetapi,
ianya terpulang pada kita untuk menerimanya atau tidak atas 3
pertimbangan di atas. Anda pertimbangkan sendiri- pilihannya di tangan
anda!
… pernah saya tulis sebelum ini untuk anda maafkan sahaja mereka yang mengkritik anda. Tidak perlu balas
Maafkan sahaja kerana ianya akan menghilangkan rasa marah anda, dan
teruskan usaha anda untuk menjadi seorang insan yang cemerlang,
gemilang & terbilang!
***************************************************************************************

Bila kena kutuk, apa nak buat?
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang
mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya
kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah
diri saya sendiri.
Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati
dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:
Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…
1. Anda mendapat pahala FREE!
2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau
semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi
banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi
kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang
ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka
memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara
tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi
tahu… orang akan dapat lihat sendiri).
Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.
Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa
mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang
lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin
membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif
disekeliling kita.
Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke
mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus
kepada perkara negatif.
Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain.
Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan
mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam
mencapai kejayaan

GEMENTAR
Pengalaman gelisah & gementar adalah perkara biasa dan normal.
Ia sememangnya dimestikan untuk memperbaiki diri sendiri. Ramai yang
tidak mahu melalui pengalaman gelisah dan gementar! Keadaan ini
sebenarnya adalah sebahagian daripada punca utama kejayaan tidak
tercapai iaitu- TAKUT KEPADA KEGAGALAN!
Semuanya bermula dengan kali pertama di mana kita perlu memaksakan diri kita menghadapi apa sahaja kegementaran atau nervousness!
So, tip hari ini. Jangan takut kegagalan. Takutkan kegagalan mengakibatkan kita nervous & gementar- iaitu perkara yang biasa dan normal! Lalui segala kegementaran itu dan secara automatik, ia akan menjadi kebiasaan dan gementar pun hilang!
Anggap gementar & nervous sebagai suatu yang kita MESTI LALUI tidak kira apa!

Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yang terus berjaya & mereka yang terus gagalan adalah…
Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah…
Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti
Apakah yang memotivasikan anda? Apa yang memberi anda semangat untuk
mencapai cita-cita? Bagaimanakah cara terbaik untuk memotivasikan diri
anda sendiri? Apa yang membuat anda bermotivasi?
Susulan daripada pendapat anda semalam- terima kasih kerana berkongsi suara, apa kata kita rujuk kembali “asas” motivasi melalui Hirerarki Keperluan Maslow
Hirerarki ini menunjukkan mengapa setiap orang mempunyai motivasi yang berbeza berdasarkan keadaan semasa.
Menurut Maslow, keperluan motivasi kita perlu dipenuhi (atau hampir
dipenuhi) daripada ruang paling bawah sekali sebelum naik ke ruang atas.
Dengan memahami hirerarki Maslow ini, kita dapat mengetahui situasi motivasi kita. Dimana
kita kini, di mana kita sebelum ini dan juga ke arah mana motivasi kita
menghala. Juga, dengan memahami setiap ruang, kita akan mengetahui
dimanakah kita akan meletakkan kepentingan motivasi kita.
Jawapan “apa yang memotivasikan anda” terdapat di dalam hirerarki ini.
ps: Selain dari itu, anda juga dapat mengetahui bagaimana orang-orang yang berjaya berfikir dengan melihat keperluan mereka! 
Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih
kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara
mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan
sebagainya.
Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!
Semalam saya ditemuramah oleh Saudara
Ahmad Fadzli Yusuf untuk buku terbarunya akan datang. Ahmad Fadzli
adalah penulis buku “55 Petua Orang Berjaya” bersama Dato’ Dr Fadzilah
Kamsah.
Susah juga hendak difikirkan oleh kerana perlu beri 3 sahaja…
sedangkan, memang banyak elemen-elemen kejayaan yang perlu ada. Setelah
difikirkan, maka 3 jawapan saya adalah: