Home Salindah

Kaedah Bayaran

Login



Hubungi Kami

Servis Penghantaran

*********

*********

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday87
mod_vvisit_counterYesterday46
mod_vvisit_counterThis week133
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month756
mod_vvisit_counterLast month4133
mod_vvisit_counterAll days1287754

Online (20 minutes ago): 9
Your IP: 54.161.73.123
,
Today: Oct 21, 2017
BumiCyber Studio - Your Online Business Solutions
Salindah PDF Print E-mail
Salindah - Salindah

Pilihan
Harga

Set Sebelum Bersalin

- B1 hingga B6

RM 234.00

Set Lepas Bersalin

- L7 hingga L12

RM 225.00

Set Lengkap Salindah

-Bb1 hingga L17

RM 370.00

 

APA ITU SALINDAH ?

"Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"

Set Lengkap Salindah

Pengambilan salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil, tetapi masih sempat mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.

Apa tujuan anda makan salindah ?
  1. Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit..mulakan dengan B1,B2 & B3
  2. Untuk bersalin mudah ambil B4, B5 & B6
  3. Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga ambilah Set Lepas Bersalin


Kenapa Salindah
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Perhatian!
Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.

Khasiat
Menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan perkembangan tian, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin, menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.

Kesesuaian
Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil.

Keterangan
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.

Metod Perubatan
Homeopati, Biokimia dan Herbalisme

Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.

Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.

Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit "Down Syndrome".

Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.

Akhirnya pada tahun 1981, Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.

Anda juga akan mengikuti perkembangan bayi dari bulan ke bulan dan seterusnya mengetahui rahsia, khasiat dan penggunaan Salindah di peringkat awal mengandung dan selepas bersalin yang telah terbukti berkesan membantu ibu bersalin dengan mudah dan melahirkan bayi yang sihat lagi pintar.

Salindah telah mendapat kelulusan Kementerian kesihatan Malaysia.

1. MAL05092335T
2. MAL05092336T
3. MAL05092337T
4. MAL05092339T
5. MAL05092338T
6. MAL05092340T
7. MAL05092341T
8. MAL05092342T

 

B1
Mulai minggu ke 12 hamil Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.
B2
Mulai minggu ke 24 hamil Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.
B3
Mulai minggu ke 28 hamil Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
B4
Mulai 4 minggu sebelum bersalin Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.
B5
Mulai 2 minggu sebelum bersalin Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
B6
Mulai 1 minggu sebelum bersalin Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit waktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.
L7
Selepas bersalin Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.
L8
Mulai 5 jam selepas bersalin Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
L9
Mulai hari ke 2 selepas bersalin Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat - urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu
L10
Mulai hari ke 6 selepas bersalin Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.
L11
Mulai hari ke 7 selepas bersalin Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.
L12
Mulai hari ke 21 selepas bersalin Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Cara makan Salindah
  1. Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.
  2. Jangan sentuh dengan tangan
  3. Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin
  4. Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik
  5. Jangan gunakan sudu besi

Cara Pengambilan dan Penggunaan

Dari awal hamil/3 bulan hingga bersalin
  1. B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  2. B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  3. B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis
  4. B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin
  5. B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin
  6. B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)

Selepas bersalin
  1. L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
  2. L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)
  3. L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
  4. L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
  5. L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan
  6. L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

Bagaimana Salindah Berfungsi ?
Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin tumbesar sehingga menyulitkan masa bersalin.

Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena). Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap. Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.

Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.

 

Produk Kandungan Masa penggunaan

Cara pengambilan

B 1 336 biji mulai minggu 12 (bulan 3) 2 biji 2 kali sehari
B 2 120 biji mulai minggu 24 (bulan 6) 2 biji 2 kali sehari
B 3 336 biji mulai minggu 28 (bulan 7) 2 biji 2 kali sehari
B 4 30 biji 4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari
B 5 84 biji 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari
B 6 30 biji 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L 7 30 ml penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L 8 30 biji mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam
L 9 16 biji mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L 10 96 biji mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L 11 220 ml mulai dari hari ke 7 bersalin 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan.
L 12 96 biji mulai dari hari ke 21 bersalin 2 biji 2 kali sehari

 

Catatan Tambahan

 

Sekiranya bayi songsang, puan bolehlah mendapatkan ubat homopati RTA

Sekiranya bayi terkena penyakit kuning, sila dapatkan ubat homopati RTD

Untuk meningkatkan kandungan susu badan, amalkan ubat homopati RTC

Kurangkan pengambilan L 11 sekiranya bayi yang menyusu badan cirit birit atau demam

 


 

SOAL JAWAB SALINDAH

 

Apakah itu produk Salindah?

Salindah ialah rencana pemakanan dan rawatan ibu hamil dari awal mengandung hingga dalam pantang yang mengandungi 12 jenis produk iaitu B1 – B6 sewaktu mengandung dan L7 – L12 sewaktu dalam pantang.

Adakah selamat sekiranya saya makan Salindah?

Insya-Allah selamat. Salindah tidak mengandungi dadah dan tidak menyebabkan kesan sampingan. Syarikat telah membuat kajian yang saintifik, di mana Salindah telah diuji atas manusia. Ia juga dikilangkan oleh kilang yang bertahap GMP (Amalan Pengilangan Baik). Ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah memperolehi nombor
pendaftaran MAL.

 

Berapakah harga produk Salindah?

Harga Semenanjung Malaysia: RM 370.00 manakala Sabah & Sarawak: RM 388.00.


Kenapakah harga produk Salindah agak mahal?

Tidak mahal sebenarnya. Ini kerana ia digunakan untuk tempoh yang panjang, iaitu dari awal mengandung hingga lepas pantang (44 hari).


Bolehkah Salindah dimakan bersama vitamin?

Boleh dimakan bersama vitamin yang biasa diambil semasa mengandung seperti asid folik, Obimin dsb.


Apakah pantang-larang semasa mengambil Salindah?

Dalam Salindah ada 3 kategori:

a) Biokimia: B1, B2, B3, B5, L10, L12 – pantang-larang ialah asam, elak bau-bauan.

b) Homeopati: B4, B6, L8, L9 – pantang minuman berkafein (kopi, Nescafe, minuman berkarbonat) dan sebarang ubat yang mengandungi dadah.

c) Herba: L7, L11 – pantang air asam limau nipis dan air kelapa.



Berapa bulankah kandungan yang dibolehkan untuk mengambil ceraian B1?

Salindah boleh dimakan apabila disahkan mengandung dan tidak semestinya tunggu sehingga 3 bulan hamil. Ia juga lebih baik diambil lebih awal jika mengalami sebarang alahan semasa mengandung.


Saya menggunakan Salindah, tetapi masih ada baki?

Kegunaan Salindah sebenarnya tidak terhad kepada ibu mengandung sahaja. Ia boleh digunakan seisi keluarga. Penerangan lanjut terdapat dalam buku pengetahuan barangan.

Contoh B1 boleh digunakan untuk demam, sakit gigi dan batuk. L9 pula untuk anak terhantuk, terpukul dsb. Ianya juga boleh digabungkan untuk dimakan bersama. Contohnya, B1 boleh dimakan bersama dengan B2.


Saya menggunakan produk Salindah, selepas itu doktor mengesahkan saya mengalami tekanan darah tinggi. Apakah yang patut saya lakukan?

Tekanan darah tinggi berlaku sekiranya pernah menghidap darah tinggi sebelum hamil atau ketika hamil (pre-eklampsia). Faktor keturunan dan hormon boleh mempengaruhi  tekanan darah tinggi. Penggunaan Salindah tidak menyebabkan tekanan darah tinggi  sebaliknya akan melancarkan perjalanan darah sambil membantu mengawal tekanannya.
Jaga pengambilan makanan sewaktu sedang hamil seperti kurangkan
makanan yang masin, tinggi lemak atau makanan segera.


Semasa saya makan Salindah, doktor mengesahkan saya mengalami penyakit kencing manis. Bagaimana boleh terjadi begini dan apakah saranan pengambilan produk?

Teruskan pengambilan Salindah bersama dengan FIBER. Jaga diet, kurangkan pengambilan makanan yang berkarbohidrat sebaliknya tambah pengambilan makanan yang berprotein tinggi.



Saya mengalami masalah uri ke bawah. Adakah saya perlu teruskan mengambil Salindah?

Uri ke bawah terjadi kerana keadaan bayi yang terlalu kecil atau pembesaran bayi yang tidak sempurna, mengandung kerap, pernah bersalin secara pembedahan, mengandung lewat usia, pernah mengalami kes uri ke bawah pada kehamilan sebelum ini atau bekerja
terlalu kuat. Teruskan pengambilan Salindah untuk menjaga kesihatan bayi.


Adakah pengambilan Salindah boleh menyebabkan tumpah darah?

Tumpah darah berlaku kerana rahim tidak boleh mengecut dengan cepat kerana beberapa faktor termasuklah tertinggalnya sisa membran (plasenta) di dalam rahim selepas bersalin, tekanan darah tinggi, ibu yang berpenyakit, diabetis, masalah rahim (contohnya fibroid),
kerap mengandung dan mengandung kembar. Jarang pengguna Salindah membuat aduan tentang kes pendarahan tersebut. Jika adapun, selepas diselidik selalunya disebabkan oleh faktor yang dinyatakan tadi.



Bagaimana cara penyimpanan produk Salindah?

Semua produk kami haruslah disimpan pada tahap suhu bilik. Jangan simpan di dalam peti sejuk atau tempat yang terdedah dengan bau-bauan.




Adakah boleh digabungkan dengan produk herba lain semasa dalam pantang?

Tidak perlu. Produk Salindah sudah lengkap. Makanlah produk Salindah dengan aturan yang betul. Insya-Allah ianya akan membantu segala masalah di dalam pantang. L11 (produk herba) memenuhi keperluan tubuh sewaktu di dalam pantang dan lebih istimewa lagi ia diperbuat lebih daripada 10 jenis herba.


Kenapakah saya perlu melakukan operation walaupun saya telah mengambil Salindah?

Di antara tujuan pengambilan Salindah adalah untuk memudahkan bersalin secara normal (vaginal birth). Namun begitu dalam keadaan tertentu, bersalin secara pembedahan (cesarean) terpaksa dilakukan sekiranya:

a) uri ke bawah (placenta previa) – plasenta menghalang laluan untuk bayi tersebut keluar.

b) uri lekang (abruptio placenta) – apabila plasenta pramatang terpisah dari dinding uterus dan pendarahan akan berlaku.

c) uterus pecah.

d) pernah menjalani pembedahan pada kelahiran sebelumnya.

e) saiz bayi terlalu besar.

f) toksemia berulang – suatu keadaan yang mana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan penyakit tarik di penghujung usia kehamilan.

g) jangkitan vagina – boleh menjangkiti bayi dan membawa maut sekiranya dilahirkan secara normal.

h) tumor pelviks – boleh menghalang laluan kelahiran dan melemahkan dinding uterin.

i) kelemahan konstraksi sewaktu proses bersalin.

j) tali pusat luruh – tali pusat yang tertolak ke hadapan bayi akan tersekat dan menghalang pengaliran darah.



SEMUA produk Salindah berdaftar dengan KKM Malaysia. (Jangan mempercayai fitnah bahawa produk ini tidak berdaftar).


Produk yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran MAL. Sila lakukan pengesahan dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (http://www.bpfk.gov.my), klik pada "Registered Products Search" di bahagian kiri bawah, dan cari produk "Salindah".



 

 





SALINDAH


Set Lengkap Salindah - RM 370.00
Set Sebelum Bersalin -  RM 234.00
Set Lepas Bersalin -  RM 225.00


Kos Penghantaran / Poslaju:-

By hand - Sekitar Kuala Lumpur - Percuma
Poslaju - Semenanjung - RM5.00
Poslaju - Sabah / Sarawak - RM10.00