Home Jamu Mak Dara

Kaedah Bayaran

Login



Hubungi Kami

Servis Penghantaran

*********

*********

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday87
mod_vvisit_counterYesterday46
mod_vvisit_counterThis week133
mod_vvisit_counterLast week0
mod_vvisit_counterThis month756
mod_vvisit_counterLast month4133
mod_vvisit_counterAll days1287754

Online (20 minutes ago): 9
Your IP: 54.161.73.123
,
Today: Oct 21, 2017
BumiCyber Studio - Your Online Business Solutions
Set Bersalin Jamu Mak Dara PDF Print E-mail
Set Bersalin Jamu Mak Dara - Set Bersalin Jamu Mak Dara

SET BERSALIN JAMU MAK DARA - RM350.00

Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-

  • Jamu Mak Dara Gold ( 4 botol )
  • Rempah Mandi
  • Losyen Param Limau
  • Bedak Sejuk
  • Balm Herba
  • Bengkung
  • Tungku Kukus Berherba
  • Lulur Kopi Ibu Halimah


Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun temurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum.Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Jamu Mak Dara

Jamu Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semuladi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan pada tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tubuh.


Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Penggunaan kelengkapan "Set Bersalin Ibu Halimah" dengan secara teratur dan berterusan selama 44 hari akan memulihkan tenaga dan menyihatkan tubuh badan.

Pengambilan "Jamu Mak Dara" akan membantu membuang toksid dalam badan, menyuburkan dan menyihatkan rahim. "Jamu Mak Dara" membantu mengatasi masalah keputihan dan melancarkan darah. "Jamu Mak Dara" membantu merapatkan faraj, memulihkan kitaran haid dan mengembalikan tenaga. Selain itu ianya dapat membantu membuang angin membakar lemak dan memperkemaskan tubuh agar kelihatan langsing.

Mandi menggunakan "Rempah Mandi" akan menghangatkan tubuh dan mengekalkan kehangatan tubuh. "Rempah Mandi" membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan bau badan. Tubuh badan akan menjadi segar dan sihat selepas mandi menggunakan "Rempah Mandi"

Penggunaan "Pilis" di dahi dan ubun-ubun membantu menghilangkan rasa pening semasa berpantang. "Pilis" juga mengelakkan dari ibu-ibu bersalin dari gelap mata.

"Losyen Param Ibu Halimah" disapukan pada seluruh badan selepas mandi rempah. Losyen ini disapukan pada lengan, dada, bahagian pinggang ke pergelangan kaki untuk menstabilkan suhu badan. Ia juga menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang.

Berurut kemudian diikuti dengan bertungku menggunakan "Tungku Herba Kukus" akan melegakan sengal-sengal. "Tungku Herba Kukus" juga membantu memecahkan lemak-lemak agar ibu-ibu bersalin akan kembali langsing seperti sebelum mengandung.

Penggunaan "Bengkung Ibu Halimah" akan membantu ibu selepas bersalin mendapat semula bentuk pinggul. Selain itu "Bengkung Ibu Halimah" akan dapat mengecilkan semula perut dan mengembalikan bentuk badan asal.

Gunakan "Bedak Sejuk" untuk menghilangkan ruam-ruam dan menghilangkan tanda-tanda hitam akibat mengandung, Sapukan "Bedak Sejuk" di muka dan leher . Biarkan seketika agar ia meresap ke kulit. Gunakan berterusan agar kulit menjadi bersih dan halus.


Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang


CARA PENGAMBILAN SET BERSALIN MAK DARA

 

Jamu Mak Dara (Serbuk)

Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara(serbuk) ke dalam setengah cawan air panas.

Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara.
Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.
Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.

Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Kapsul)


Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan.

Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

Losyen Ibu Halimah

Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.


Cara Guna Losyen Ibu Halimah

Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Pilis

Pilis di gunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa dialami ibu ibu baru lepas bersalin.


Cara Guna Pilis

Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

 

Bedak Sejuk

Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.


Cara Guna Bedak sejuk

Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes.

Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam.
Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.
Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.

Rempah Mandi

Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

Cara Guna Rempah Mandi

Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.

Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Bengkung

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.


Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.


Cara Guna Bengkung

Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.

Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
Adalah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu Losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar setiap kali pembelian 1 set).

Tungku Kukus Herba

Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.


Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.


Cara Guna Tungku Kukus Herba

Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.

Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.



No Pendaftaran KKM:


Jamu Mak Dara (Serbuk): MAL 08010751TC

Jamu Mak Dara (Kapsul): MAL 07081636TC
Losyen Ibu Halimah: NOT 080500746K
Pilis: NOT 080801652K
Bedak Sejuk: NOT 080801651K

SET BERSALIN JAMU MAK DARA - RM350.00

Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-

  • Jamu Mak Dara Serbuk
  • 2 botol Jamu Mak Dara kapsul
  • Losyen Param Ibu Halimah
  • Lulur Kopi (Pilis)
  • Bedak Sejuk
  • Rempah Mandi
  • Tungku Kukus Berherba
  • Bengkung

Kos Penghantaran / Poslaju:-

By hand - Sekitar Kuala Lumpur - Percuma (belian set lengkap)
Poslaju - Semenanjung - RM5.00
Poslaju - Sabah / Sarawak - RM10.00